The Social Network for meeting new people
 
  • m'farizd vocs

    https://secure.tagged.com/izwanhazmi_83

     

    3762 times

    Default

    Hargailaah diri anda sblum anda hilang harga diri..

    June 26, 2009

     

    Male

    Bahasa Melayu, Indonesia, English

    Asian

    Muslim

    Straight

  • About Me

    • ceta seru, ala jnji mate x geli tgok tu dah best movie.

    • any chanel_world chanel hehehehe...sumo best

    • dictionary, novel

    • badminton,fotball,...

    • sy leh wt pe yng pnting orang tu bhgie,,

    • Nk berjaya dlm pe po cita2

    • hmmmmmmmm,, ape ek!!

    • klu sy mnyayangi ssorang sush untk sy lupakn wlupo ia pnah mmberi luka.... sy knang pe yg pnah wt kmi tsnyum, sy lupkan pe yg pnah mnjdi derita,, ehrmmm.

    • Jalan yang mendekatkan aku padaMu Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Dan aku yakin sebenar-benarnya Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan Namun Tuhan, Ampuni aku, Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang Terlalu pahit untuk ditelan Tapi terus-terusan aku gagahkan Demi menggapai cintaMu Yang Esa Bantulah aku Tuhan Jika rinduku ini imaginasi syaitan Dan kuminta ia dilenyapkan Andai kasihku berlandaskan nafsu Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku Tolonglah aku Tuhan Untuk mengisi bejana cintaku untukMu Agar aku takkan pernah dahagakan Cinta dari insan yang tak halal bagiku Teguhkan kasihku untukMu Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta Yang menjadi hijab di antara kita Tetapkan langkahku di jalan ini Gagahkan aku Tuhan Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic' Tetapku pinta ia karam Jika belayar ia di lautan dosa Dan kumohon Tuhan Damaikanlah ombak di hati Walaupun ribut datang mengundang Kasihku diikat di dasar Rabbi Kerana ianya lumrah ujian.. Dan akan kuterus tekadkan janji Kerana telah kupilih jalanMu.

    • Andai saya terlupakan tuhan, Dalam kelapangan dan kesibukan, Dalam kesenangan dan kesusahan. Tolong ingatkan saya, Jangan jadi anak derhaka, Mak ayah dilupakan jangan, Usah diluka hati dan perasaan. Tolong ingatkan saya, Dengarlan dan bacalah Al-Quran, Tika radio penuh hiburan, Tika tv penuh Hindustan. Tolong ingatkan saya, Di mana silamnya zahirku, Jika aurat didedahkan disingkat, Diketat dan dijarangkan. Tolong ingatkan saya, Jadilah sahabat yang baik, Sentiasa memberi peringatan, Sentiasa menerima teguran. Tolong ingatkan saya, Kalau bercinta biarlah keranaNya, Dalam memilih utamakan iman, Kelak ikatan dihindari syaitan. Tolong ingatkan saya, Hidup ini satu kembara, Kutiplah mutiara dalam perjalanan, Moga di sana menjadi bekalan. Tolong ingatkan saya, Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya, Jiwa diserahkan segala-segala, Dialah tumpuan. Tolong ye ingatkan saya..

    • Kekasih lewat senja rindu mula bertamu mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam lalu aku bertasbih di Mahgrib ini melangkah Isyak yang menanti Tengah malam aku yang sepi aku terlena dalam doa yang panjang mengharap Engkau mendengar kerana Engkau Maha Mendengar mengharap Engkau mengerti kerana Engkau Maha Mengetahui Silamku adalah satu pengajaran yang pahit mengenal manusia dan keperibadian melalui cerca dan makian ditambah fitnah yang amat mengejutkan Tuhanku,rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu kerana tiada yang lain tempatku berserah melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

    • Air mata ibu mengalir, bila mendengar tangisan si kecil, masih merah salutan darah kelahiran. Biarpun penat bersabung nyawa, senyuman tetap terukir ceria memekar taman jiwa. Segala puncak sengsara hancur semerta, selamat zuriat melihat dunia... Air mata ibu menitis lagi, bimbang resah mengulit diri, sepanjang malam berjaga gelisah, kerana si kecil masih mentah meraung sakit ditimpa musibah... Hari itu, air mata ibu bergerimis lagi, bukan kepiluan tapi kebanggaan, melihat permata digilap kejayaan tak kering bibirnya dengan senyuman, tak lekang lidahnya pujian kesyukuran... Takdir tuhan siapa menyangka, harap panas bertahan sang hujan bertamu ditengah laman... Tika ini, air mata ibu bergenang kelukaan, hati tua robek sarat calaran, permata kebanggaan hilang kilauan kemanusiaan, didikan tinggi tiada pedoman, akibat gelap hati iman harta nafsu jadi panduan... Kemuliaan ibu, hilang ditimbus padam, insan mulia yang sarat pengorbanan ditinggal gersang... Rintihan si ibu, Kesepian... Kesedihan... Kekecewaan... Bukan balasan jasa pintaan jua, cukuplah secebis kasih permata sementara jasad bersisa nyawa biar tenang menutup mata...

    • Ibu, Disebalik gelaran itu, Tersimpan suatu rahsia Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu Ibu, Izinkanlah aku bercerita tentang Suka duka bersamamu... Terlalu banyak kisah-kisah yang Telah kulalui bersamamu. Ibu, segala-galanya tidak akan luput dari Ingatanku sama sekali... Ibu, kau begitu istimewa Segala jasa dan pengorbananmu Akan kukenang Sepanjang hayatku... Ibu, Tidak ternilai kasih sayang mu mendidik dan menjagaku Agar aku menjadi insan yang bijak dan berguna... Ibu, Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku telah dipertemukan dengan insan sepertimu... Kaulah insan yang bergelar ibu.. Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku Ibu, Aku berjanji pada diriku Untuk menunaikan tanggungjawabku Untuk membalas budi dan jasamu Agar kau senang dan gembira Ibu, Ampunkan segala dosaku Jika ada kesalahan Yang aku lakukan Sehingga akhir hayatku Ibu, Aku berdoa pada Ilahi Agar ibu diberkati selalu Supaya kau ditempatkan di syurga Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

    • Kau di buai mimpi...dia jaga, Kau bersenang..dia bekerja, Untukmu tiada terbatas, Memberi tak minta dibalas. Ingin dibinanya untukmu.. kehidupan yang sempurna, Punya kekuatan jiwa, Punyai maruah. Leterannya dari rasa luhur, Menegur sebelum terlanjur, Itulah yang diwarisi, Pesan ibu terpahat di hati. Beringat-ingatlah..berpesan pesan, Untuk kebaikan, Marah bukan kebencian, Tapi tanda sayang. Engkau semakin dewasa, Berjiwa merdeka, Sedang dia semakin tua, Membilang usia. Disaat kau berjaya, Dia tiada berdaya, Semoga kau tak lupa, Jasa Bonda.....

    • Tika ini aku tersentak. Bila coretan tidak bisa lagi dipadamkan Ia tetap disitu.. Menyelit di celah serat2 hidupku Bertamu disudut hati kecilku.. Tika ini kurenungi.. Untuk apa aku tunduk pd kehendak, Ia tidak bisa mengalah tidak bisa puas Trus merobek secebis demi secbis tenangku . ika ini aku tersekat.. Bila mahu hy tunduk pd mampu Bila ilmu hy dibuku Bila kata hy diangin Tika ini aku terdampar… Bila yakin tidak lagi mahu bersahabat Bila aku tidak lagi berharap.. Bila tumpu tidak lagi pd yg Satu.. Tika ini tidurku terjaga… Tika air jernih itu jatuh… Menyusuri pipi yg tidak berlurah Kuberserah. berserah hy pdMU ya ALLAH.

    • Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.

    • ya ALLAH, aku redha dngn apa yang telah ENGKAU surat kan padaku, aku pasrah kan diriku kpada takdir yang ENGKAU sematkan, aku bersujud pd ilahi, aku berlindung pd anugrahMU, aku bertawaqal pd redhaMU biar ia sentiasa menjadi ingatanMU YA ALLAH, aku insan lemah tpi aku bersyukur kerana aku masih mampu membawa diri kejalanMU, aku insan yang penuh liku2 duka nestapa tpi aku masih bleh tersenyum kerana rahmatMU, aku insan yang sntiasa mnerima luka dari ssorang insan tpi aku masih bleh bbangga sebb ENGKAU sntiasa di sisi ku YA ALLAH, aku insan yg x bleh trima dugaan tpi aku bleh kuat itu kerana kkuatan dariMU YA ALLAH, berikan kasih sayang sorang insan seperti mna ENGKAU beri pda insan lain, sujud syukur ku aku junujng krena redha mu,, amiiin

    • Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu amin, ya Rabbal alamin.

    • Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

    • MAWAR BERDURI, Indah sungguh kelopak bungamu, Secantik bahasa dan gerak gerimu, Sopan ditiup sang bayu, Batang dan dahanmu tetap tunduk malu. MAWAR BERDURI, Kelopakmu tetap dipelihara, Daripada Kumbang yang membinasa, Duri didahanmu tetap tersedia, Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa. MAWAR BERDURI, Kau tetap sentiasa berdiri, Menahan cabaran yang diberi, Tetap tidak pernah hilang harga diri, Dirimu indah sukar untuk didekati, Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri, Melainkan syariat memberi. MAWAR, Si kumbang perkasa tidak akan tertawan, Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan, kerna dirimu telah rosak dibinasakan. MAWAR, Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan, Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan, Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan, Dirimu ditinggalkan patah kelayuan

    • Masih jelas diminda bisikan suaramu..memanggil Di situ langkahku bermula mengejari cita..kau disisi Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan terima kasih guru kerna hulur tanganmu ku menghargai setulus jiwaku bicaramu guru kan ku ingat selalu menjadi azimat hingga ke akhirnya Guru..ibarat pelita sentiasa menyinar kamar hidupku.. Guru..kau pewaris ilmu mendidik diriku hinggaku berjaya Andai diberi peluang inginku terbang tinggi di awangan kanku petik bintang-bintang ku jadikan hadiah untukmu moga tuhan merahmatimu Terima Kasih..

    • Wanita yang aku sayangi Adalah pencinta Tuhannya Yang mengalir cinta,takut dan harap Yang menguasai perjalanan penghidupannya Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir… Wanita yang aku rindui Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi Lidahnya basah dengan zikrullah Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah Wanita yang aku cintai Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi Wanita yang aku impikan Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim Namun aku tidak ada di sana Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia Wanita yang aku kasihi Yang bersyukur pada apa yang ada Yang bersabar pada apa yang tiada Wanita yang aku sukai Menjadi dian pada dirinya sendiri Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan Untuk menyambung perjuangan di belakang hari Sesungguhnya Wanita yang selalu berada di dalam doaku Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku…

    • ILHAM DI MATAMU DI WAKTU RINDU KU MENGEMIS SECEBIS EHSAN AIRMATA KU BERGENANG KAU BIAR JATUH BERLINANGAN TANPA KAU CUBA MEMUJUKKU TERGAMAK LIHATKU TERSUNGKUR MENGGAMIT HAMPA SISA HARI KU SARAT MENDUNG MANANTI HUJAN BERTAHUN LAMA AKU PUN DERITA SENDIRI BERTINGKAH SEDIH DENGAN SEPI ADA MUNGKIN TAKDIRKU BEGINI AKHIRNYA TUHAN BERIKAN JAWAPAN YANG MURNI BUKANNYA AKU YANG BERDOSA DAMBAKAN CINTA MU SABALIKNYA KAU BUTA HATI TAK NAMPAK KASIH YANG KAU CARI DIRI INI MENANGIS DI DEPAN MATA MU

    • ku punya rasa tak terungkapkan hanya dalam memori hati dan benak ku simpan berat menerima kau pergi tanpa alasan juga kau buat aku bertanya beribu senandung yang kunyanyikan pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup ku masih merindukannya apakah ku amat berarti di mata engkau telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku namun kau hilang dan takkan kembali juga ku merasa sepi, ku sendiri beribu senandung yang kunyanyikan pelipur lara dahaganya sukaku kata termanis hanya untuk kekasihku ku masih merindukannya namun kau hilang dan takkan kembali juga merasa sepi, aku sendiri